Taklimat Advokasi Keselamatan Dalam Talian
25 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 24 Februari 2025, telah berlangsung Taklimat Advokasi Keselamatan Dalam Talian menerusi inisiatif Klik Dengan Bijak (KDB) di SMK Syed Alwi. Program ini berlangsung di Dewan Terbuka SMK Syed Alwi dan bermula pada 07:30 pagi sehingga 8:30 pagi. Program ini bertujuan adalah untuk memberi pendedahan tentang keselamatan internet kepada pelajar sekolah.
Taklimat Advokasi Keselamatan Dalam Talian ini disampaikan oleh pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Perlis. Inisiatif KDB merupakan antara kaedah mendidik pelajar mengenai etika dan tanggungjawab dalam talian. Cakna media sosial dalam kalangan pelajar merupakan satu aspek penting dalam pemerkasaan literasi digital. Namun pada masa sama, pengalaman penggunaan Internet dalam kalangan pelajar haruslah di bawah pengawasan sewajarnya dan semua pihak memainkan peranan penting bagi memastikan penggunaan yang selamat, positif serta bertanggungjawab
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan NADI dengan pelajar sekolah, dapat memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan. Selain itu, program ini juga di harap dapat membina hubungan baik diantara pihak pengurusan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dengan pihak sekolah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: